3,260 BANJIR DI PASIR MAS SETAKAT 6 DISEMBER 2023

 

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas kekal 3,260 orang daripada 989 keluarga setakat 8 pagi ini sama seperti direkodkan malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua mangsa sedang berlindung di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan itu.

Di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi menempatkan 590 mangsa daripada 108 keluarga, SK Gual To’Deh (792 mangsa daripada 258 keluarga), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (153 mangsa daripada 41 keluarga) dan SMK Baroh Pial (664 mangsa daripada 240 keluarga).

Tiga lagi PPS iaitu SK Kedai Tanjong memberi perlindungan kepada 58 mangsa daripada 18 keluarga, SK Gual Periok (256 mangsa daripada 75) dan Madrasah Tasek Bakong (82 mangsa daripada 23 keluarga).

Sebanyak 320 mangsa daripada 119 keluarga sedang berlindung di Masjid Mukim Padang Licin manakala SK Sri Kiambang menempatkan 345 mangsa daripada 107 keluarga. –

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …