JANGAN BIARKAN THAILAND CURI PELANCONG

Penurunan jumlah pelancong boleh memberi kesan besar kepada ekonomi negara. Industri pelancongan adalah sebahagian penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kerana ia menyokong banyak sektor lain seperti perhotelan, makanan dan minuman, pengangkutan, perniagaan tempatan dan pelbagai perkhidmatan lain.

1) Penurunan pendapatan dalam industri pelancongan: Jumlah kehadiran pelancong yang rendah akan memberi kesan langsung kepada sektor-sektor yang terlibat langsung dengan aktiviti pelancongan. Hal ini jelas terbukti sewaktu pandemic Covid-19 yang menyaksikan pelbagai sector terpaksa gulung tikar dan berubah kepada perkhidmatan lain bagi meneruskan kelangsungan hidup pengusaha. Perancangan bagi menggalakkan aktiviti pelancongan di sesuatu kawasan akan menjadi terhad disebabkan kurangnya pelancong yang hadir bagi mendapatkan pengalaman melancong tersebut.

2) Menyempitkan peluang pekerjaan : Penurunan jumlah pelancong akan mengakibatkan peluang pekerjaan menjadi terhad dan persaingan yang tinggi di kalangan pengusaha. Ini dapat dilihat di dalam bidang pekerjaan pengurusan hotel, pemandu pelancong, restoran, peniaga tempatan yang perlu bersaing menarik pelancong untuk mendapatkan perkhidmatan daripada mereka. Hal begini akan memberi implikasi negatif sekiranya berterusan akibat permintaan yang rendah.

Bagi mengtasi keadaan ini, inisiatif penggalakan pelancongan perlu digerakkan oleh pihak kerajaan dan swasta bagi menarik kembali kehadiran pelancong ke sesuatu destinasi dalam negara selain mempopularkannya kepada pelancong dari luar negara. Teras 5 Dasar Keselamatan Negara menyentuh mengenai kepentingan Keuntuhan Ekonomi sebagai salah satu komponen penting dalam keselamatan negara..

Artikel : Puan Mardiana Mohamad

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …