INTEGRITI ASAS ETIKA PROFESIONAL

Integriti merupakan komponen penting dalam kehidupan seharian manusia. Samada ketika bersendirian, bersama keluarga mahupun semasa berada di khalayak dan komuniti. Integriti membantu membina kepercayaan di kalangan rakan sekerja, kenalan dan majikan. Individu yang berintegriti cenderung mendapat reputasi baik, yang penting dalam perkembangan kerjaya dan hubungan sosial.

Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

Sesungguhnya Allah SWT mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu pekerjaan, dia melakukan sesuatu dengan itqan (bersungguh-sungguh).

Riwayat At-Tabarani.

Keselamatan dan keberkesanan fungsi sesuatu jabatan adalah refleksi daripada individu yang berintegriti yang mematuhi prosedur dan standard jabatannya. Individu yang mementingkan integriti cenderung mencapai kestabilan dalam kehidupan dan kerjaya mereka. Integriti membantu membentuk nilai diri dan membawa kepada perkembangan diri yang berterusan.

Integriti juga merupakan asas etika profesional. Di dalam persekitaran pekerjaan, individu yang berintegriti mengamalkan tingkah laku yang betul dan adil, memastikan keputusan dibuat dengan i’tikad baik.

Hubungan peribadi dan profesional dapat berkembang dengan baik apabila wujudnya sifat integriti. Orang yang dapat dipercayai dan jujur cenderung mempunyai hubungan yang lebih kukuh dengan orang di sekeliling mereka.

Orang yang berintegriti cenderung bekerja dengan etika yang tinggi, membuka jalan kepada inovasi dan peningkatan produktiviti. Mereka dapat bekerjasama dalam pasukan tanpa rasa syak wasangka atau ketidakpercayaan. Oleh itu, integriti bukan sahaja penting untuk membina reputasi dan kepercayaan, tetapi juga merupakan aspek asas dalam membentuk masyarakat dan persekitaran kerja yang beretika dan berkeadilan. Hal ini digambarkan sepenuhnya melalui Teras Keselamatan ke 4 iaitu Tadbir Urus Yang Baik di dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

Artikel: Puan Roshila Noor Abdul Ghani

Artikel/Berita Terkini

#RONDARABU: MASJID IMANUL FA’IZIN

MASJID Imanul Fa’izin di Kampung Padang Kala, Kota Bharu, Kelantan kini menjadi destinasi kunjungan ramai bukan sahaja untuk beribadat, sebaliknya …
Maklumat Lanjut

#RONDARABU: PASAR BUNOHAN

Bunohan diambil daripada nama sebuah kampung di Tumpat, Kelantan iaitu Kampung Bunohan yang yang menjadi  menjadi laluan utama dari selatan Thailand …
Maklumat Lanjut

KELANTAN PERUNTUK RM125.2 JUTA UNTUK KELESTARIAN PENDIDIKAN

Kerajaan negeri memperuntukkan RM125.2 juta untuk kelestarian pendidikan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) sepanjang tahun ini. Menteri Besar Kelantan, Datuk …
Maklumat Lanjut