JOM CAKNA: KENALI TAHAP MELECUR

Menurut KKM, melecur diklasifikasikan berdasarkan dalaman luka dan luasnya bahagian kulit yang terlibat. Tahap melecur dibahagikan kepada empat;

Tahap Pertama

Lecur pada lapisan kulit bahagian atas (epidermis).

Tahap Kedua

Lecur melibatkan lapisan kulit atas dan lapisan kedua (epidermis dan dermis).

Tahap Ketiga

Melibatkan keseluruhan lapisan kulit dan juga saraf menyebabkan rasa kebas.

Tahap Empat

Lecur pada keseluruhan lapisan kulit sehingga melibatkan otot dan tulang. Saraf terlibat akan rosak sehingga mangsa hilang rasa sakit. Difahamkan, luasnya luka lecur dikira sebagai peratusan. Oleh itu, anggaran 1 peratus melecur pada badan bersamaan ukuran selebar tapak tangan mangsa. Disebabkan itu, semakin tinggi peratusan permukaan kulit yang lecur semakin teruk keadaan pesakit. Lecur pada muka, tangan, kaki dan kelangkan dikira sebaga lecur yang teruk.

Rawatan Pesakit Melecur

  • Sejukkan dan cuci bahagian terlibat dengan aliran air bagi mengurangkan sakit. Kaedah ini juga akan mengawal jangkitan dan mengelakkan kecederaan yang lebih teruk.
  • Bawa pesakit ke klinik atau hospital terdekat.
  • Sapukan ubat penahan sakit / analgesic atau ubat antibiotik.
  • Kekalkan kebersihan pada bahagian terlibat bagi mengelakkan jangkitan dan mempercepatkan proses penyembuhan

Elakkan;

  • Menutup luka lecur menggunakan kain yang kotor pada kecederaan
  • Menggunakan ais pada luka lecur kerana ini akan menerukkan lagi kecederaaan
  • Menggunakan sebarang bahan tanpa nasihat doktor

Lecur Yang Teruk :

  • Luka lecur yang melibatkan muka, kedua tangan dan kaki serta bahagian kelangkang memerlukan rawatan segera atau masuk ke hospital
  • Pesakit yang mengalami lecur teruk perlu dirawat di unit lecur khas di hospital
  • Luka lecur mungkin memerlukan prosedur tampalan kulit

 

Sumber: Portal myhealth.gov.my

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …