𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—žπ—˜π—¦π—˜π——π—”π—₯𝗔𝗑 π—žπ—˜π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§π—”π—‘ π—žπ—’π— π—¨π—‘π—œπ—§π—œ 𝗣𝗔𝗦𝗖𝗔 𝗑𝗒π—₯π— π—”π—Ÿ

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Pada 18 November 2023 (Sabtu), bertempat di AEON Big Seberang Jaya telah berlangsung Program Kesedaran Keselamatan Komuniti Pasca Normal. Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang berkolaborasi bersama pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Daerah Seberang Perai Tengah (JPNIN SPT) dalam penganjuran program ini.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada paraΒ  peserta berhubungΒ  aspek bantuan kecemasan, bahaya denggi dan jenayah komersial khususnya jenayah scam yang turut dilaporkan berlaku dalam kalangan komuniti setempat. Program ini merupakan satu usaha berterusan MKN Negeri Pulau Pinang untuk memperkasakan komuniti sekitar Seberang Perai Tengah dengan informasi-informasi terkini jenayah komersial selaras dengan Nilai Teras Keselamatan Negara 8 (Keselamatan Rakyat) yang terkandung dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

Sumber : Majlis Keselamatan Negara, Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/mknpenang.msia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …