KEGANASAN TERHADAP WANITA BOLEH MENGAKIBATKAN TRAUMA SEPANJANG HAYAT

Keganasan terhadap wanita bukan sahaja boleh menyebabkan trauma sepanjang hayat, tetapi juga ada sesetengah kes menyebabkan kematian dan si pelakunya ada dalam kalangan keluarga dan yang tidak dikenali.

Prihatin dengan isu ini, Jabatan Pembangunan Wanita, Negeri Sembilan dan Pusat Komuniti Desa (PKD) menganjurkan program Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita membabitkan 100 wanita daripada komuniti setempat dan wakil agensi kerajaan menyertai program.

Ia bertujuan memberi kesedaran wanita mengenai jenayah dan keganasan sering berlaku terhadap golongan itu.

Menurut Pengurus PKD Serting Ilir, Nurulazma Shafiqah Khairul Azhar, kempen merangkumi tiga aspek utama berkaitan dengan jenayah scammer membabitkan wanita, kesedaran keganasan rumah tangga dan demonstrasi mempertahankan diri.

Ini dapat mempersiapkan wanita dengan pengetahuan dan pemahaman mengenai keganasan dan tindakan boleh diambil. Jenayah scammer antaranya, love scam, parcel scam banyak berlaku sehingga menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit, namun masih ada wanita masih tidak peka dengan kejadian itu.

Keganasan rumah tangga, samun, gangguan seksual juga banyak membabitkan wanita sehingga ada kes menyebabkan mangsa trauma sepanjang hayat dan menjejaskan kehidupan seharian.

Platform dapat maklumat

Menurut Nurulazma Shafiqah, wanita menggunakan media sosial bagi mendapatkan maklumat berkaitan, tetapi ada wanita yang tiada akaun media sosial. Justeru, program bersemuka sebegini sebagai platform terbaik wanita mendapatkan maklumat.

Peserta Nur Umirah Abu Hassan, 35, berkata program diadakan sangat bermanfaat dan sebagai wanita, mereka harus mempunyai pengetahuan berkaitan pelbagai jenayah yang wanita kerap menjadi mangsa.

“Contohnya, jika berlaku keganasan membabitkan ahli keluarga sewajarnya ia dilaporkan kepada pihak berkuasa dan bukan menyembunyikan kejadian bagi mengelak menjadi lebih parah,” katanya.

Latifah Md Noor, 63, berkata golongan berusia perlu juga sentiasa peka dengan kejadian jenayah dan tidak mengambil remeh.

“Selain mendapat ilmu dan perkongsian mengenai jenayah terhadap wanita, saya juga dapat mempelajari teknik mempertahankan diri untuk digunakan jika berdepan saat cemas,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …