PENDUDUK 120 LOKASI HOTSPOT BANJIR DI NEGERI SEMBILAN DIMINTA PEKA KEADAAN HUJAN, SIREN AMARAN

Penduduk di Negeri Sembilan khususnya yang berada di 120 lokasi hotspot berlakunya kejadian banjir di negeri ini diminta untuk sentiasa bersedia dan peka dengan keadaan hujan semasa permulaan Monsun Timur Laut ketika ini.

Menurut Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan, Ir. Saari Abdullah, meskipun situasi banjir di negeri ini masih lagi terkawal, langkah berjaga-jaga masih perlu diambil penduduk termasuklah peka dengan bunyi siren amaran banjir.

Beliau meminta penduduk untuk peka dengan keadaan hujan, peningkatan aras air sungai, bunyi siren amaran banjir yang kini telah dipasang di 27 stesen di seluruh negeri ini, mereka juga boleh merujuk kepada laman web JPS untuk mengetahui perkembangan semasa.

Beliau turut memaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan sungai yang dijalankan pihaknya termasuk projek mendalamkan beberapa batang sungai menerusi kerjasama timbal balik dengan pihak swasta dilihat kini memberikan kesan positif. Apabila kurangnya berlaku kejadian banjir kilat khususnya di kawasan-kawasan yang sebelum ini kerap terjadi bencana berkenaan terutama di daerah ini.

Kerja-kerja penyelenggaraan sungai yang sering dilaksanakan seperti membersihkan halangan-halangan dalam sungai serta projek mendalamkan sungai menerusi kerjasama timbal balik dengan pihak swasta telah menampakkan kesan.

Kawasan di negeri ini juga katanya tidak begitu terkesan dengan kejadian banjir seperti yang berlaku di beberapa kawasan di negeri jiran iaitu Selangor baru-baru ini. Ada berlaku kejadian banjir seperti di pekan Nilai namun ia terkawal dan cepat curut berbanding di kawasan di negeri jiran.

 

Sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Perhimpunan Bulanan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut