OPS SABONG 2023 DILAKSANAKAN DI NEGERI SEMBILAN

Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan selaku Sekretariat JPGN Negeri telah  merancang, menyelaras dan melaksanakan Operasi Bersepadu – “Ops Sabong” bersama Agensi-Agensi Keselamatan Dan Penguatkuasa di bawah Jawatankuasa Perancang Gerakan Negeri (JPGN), Negeri Sembilan bagi tahun 2023 bermula pada 24 hingga 28 Oktober 2023 bertempat di sekitar Nilai.

Ops Sabong merupakan satu bentuk atur gerak operasi bersepadu yang terselaras secara komprehensif melibatkan 10 agensi keselamatan dan penguatkuasa serta PBT di Negeri Sembilan melibatkan koordinasi sumber manusia, logistik, maklumat dan risikan bagi menangani isu berkaitan lambakan warga asing di Negeri Sembilan yang dikhuatiri berpotensi menimbulkan ancaman keselamatan dan ketenteraman awam di daerah Seremban khususnya di kawasan Nilai.

Ops Sabong ini juga tidak hanya terhad dan terikat kepada isu-isu berkaitan warga asing sahaja sebaliknya turut memberi tumpuan kepada perkara-perkara lain melibatkan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang, akta, peraturan, enakmen dan kesalahan-kesalahan lain seperti jenayah, penyelewengan, penyeludupan, salah guna permit/lesen, penyalahgunaan dadah, kecurian dan sebagainya.

Operasi bersepadu yang berlangsung selama 5 hari ini melibatkan kekuatan seramai 330 orang pegawai dan anggota merangkumi semua agensi keselamatan di bawah JPGN serta agensi-agensi penguatkuasa yang lain. Majlis Penutup Ops Sabong ini turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Aminuddin bin Harun selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN).

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …