PPM WILAYAH TIGA RAMPAS ROKOK SELUDUP BERNILAI LEBIH RM 800 RIBU

 

TOK BALI, 18 Oktober 2023 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah (3) berjaya merampas sejumlah rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM 802,500.00 hasil serbuan di kawasan persisir pantai Kampung Cherang Laut, Senok, Bachok, Kelantan. pada jam 3 pagi.
Sepasukan anggota bersama pegawai telah menerima maklumat daripada Unit Dron PGU Bukit Aman berkenaan satu objek dipercayai sebuah bot telah berada di tepi pantai dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemantauan dron selama 30 minit telah menyedari pergerakan beberapa orang telah mengangkut keluar objek dipercayai kotak ke tepi pantai.
Hasil pemeriksaan lanjut di kawasan tempat kejadian telah membawa kepada penemuan sejumlah kotak yang disyaki mengandungi rokok putih yang tiada cukai kastam disyaki telah diseludup masuk. Dijumpai juga sebuah beg galas yang ditinggalkan dalam jarak lebih kurang 20 meter dari timbunan kotak rokok yang mana mengandungi barang peribadi dipercayai barang milik suspek.
Kesemua barang rampasan yang dianggarkan bernilai RM 803,520.00 tersebut dibawa balik ke Markas Taktikal PPM Wilayah (3) Tok Bali dan diserahkan kepada IPD Bachok, Kelantan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …