POLIS SELANGOR TUMPAS SINDIKET DADAH ANTARABANGSA BERNILAI RM3.1 JUTA

Gombak – 18 Oktober 2023

Polis menahan dua individu dan merampas dadah jenis methamphetamine seberat 93.8 kilogram dianggarkan bernilai RM3.1 juta dalam serbuan di Batu Caves pada 15 Oktober 2023.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata berdasarkan siasatan awal terhadap masing-masing seorang lelaki tempatan dan warga Indonesia yang ditahan, mereka merupakan transporter atau penghantar bagi sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

“Kami dapati dadah ini diambil dari negara jiran di utara tanah air dan akan diseludup keluar untuk dipasarkan ke Indonesia, dan dikesan bergerak aktif sejak Januari lepas.

“Selain dadah, polis turut merampas tiga kenderaan dan wang tunai sebanyak RM500 dengan jumlah keseluruhan rampasan RM3.22 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini.

Beliau berkata serbuan pada 9.35 malam itu merupakan hasil maklumat awam yang mencurigai tindakan lelaki tempatan berumur 34 tahun itu yang bekerja sebagai mekanik kenderaan.

Hussein berkata penangkapan lelaki terbabit membawa kepada penemuan sebuah kereta Nissan Almera yang diletakkan di kawasan berhampiran dan menjumpai dadah yang diletakkan di dalam empat beg kanvas dan satu guni putih di tempat duduk belakang dan bonet.

Beliau berkata susulan penemuan itu, lelaki berkenaan membawa anggota ke sebuah kondominium berhampiran dan berjaya menahan seorang lelaki warga Indonesia berumur 42 tahun.

Menurut Hussein, lelaki tempatan terbabit mempunyai tiga kes lampau membabitkan jenayah dan dadah.

“Kedua-dua mereka direman hingga 22 Okt dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dan menambah polis sedang mengesan saki-baki individu yang terlibat dalam sindiket itu.

Sumber : BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …