Selangor siap sedia hadapi Monsun Timur Laut – MB

SHAH ALAM – 4 Oktober 2023

Seluruh jentera kerajaan Selangor diarahkan bersiap sedia dengan beberapa pelan tindakan sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebagai persediaan itu, Smart Selangor Operation Centre akan mengkoordinasi dan memantau pemakluman kepada rakyat menerusi kerjasama dengan Jabatan Meteorologi.

Menurut beliau, pusat pemindahan sementara bagi kawasan berisiko bencana akan ditambah fasiliti seperti keperluan asas dan bekalan kit makanan.

Menurut beliau, semua pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan jabatan lain yang berkaitan telah dipertanggungjawab untuk segera membersihkan kolam takungan, saliran, parit dan longkang.

“Ini membolehkan sistem saliran air berfungsi secara optimum terutamanya di kawasan berisiko tinggi banjir,” katanya pada sidang media khas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini pada Rabu.

Beliau memberitahu, selain melibatkan ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Exco kerajaan negeri juga telah ditugaskan mengikut skop yang telah ditetapkan.

Jelas beliau, kerajaan negeri juga akan bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan beberapa agensi serta institusi lain termasuk Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur dan Tohuku University bagi mengurangkan risiko di peringkat lokaliti dengan melibatkan rakyat dan komuniti tempatan.

Beliau memberitahu, berdasarkan pengalaman banjir sebelum ini, kerajaan negeri juga bersedia berdepan dengan kira-kira 5,000 jumlah mangsa banjir.

Jelas beliau, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diarahkan menyediakan tambahan bantuan sekali ganda seperti yang berlaku pada tahun 2011.

Jelas beliau, kerajaan negeri juga akan melancarkan bilik gerakan banjir negeri dan pusat media juga akan dibuka di lokasi yang akan ditetapkan nanti.

Sumber : Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …