PROF. MADYA DR. FAUDZINAIM DILANTIK SEBAGAI MUFTI NEGERI SEMBILAN

Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Prof. Madya Dr. Faudzinaim Badaruddin, 58, dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu.

Beliau merupakan anak kelahiran Tanjung Ipoh, Kuala Pilah dan juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan itu dilantik ke jawatan tersebut bagi menggantikan Datuk Mohd. Yusof Ahmad yang bersara pada akhir tahun lalu.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pelantikan Faudzinaim itu diharap dapat terus membantu meningkatkan pembangunan syiar Islam di negeri ini.

Dengan kelayakan dan kemahiran yang melibatkan bidang akidah dan kesufian, saya berharap beliau dapat membantu meningkatkan pembangunan syiar Islam khususnya buat rakyat di Negeri Sembilan.

Beliau juga mengucapkan selamat berkhidmat dan berharap semoga jawatan yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan demi Negeri Sembilan yang dikasihi.

Faudzinaim mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Mohd. Said (SHAMS) Seremban sebelum menyambung pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Sarjana Muda Pengajian Islam (Kepujian), Fakulti Pengajian Islam.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di the School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London seterusnya ke peringkat Doktor Falsafah di universiti yang sama.

Seterusnya beliau menjadi pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah di Fakulti Pengajian Islam, UKM dan bertugas sebagai pensyarah kanan bermula 1 Februari 2006 sebelum menjadi Profesor Madya bermula Mei 2007 sehingga kini.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

IMIGRESEN SEDANG UJI PENGGUNAAN KOD QR DI PINTU MASUK – RUSLIN

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) sedang melaksanakan ujian penggunaan Kod QR bagi melancarkan proses pergerakan di pintu masuk negara. Ketua …
Maklumat Lanjut

LAKUKAN PENYIASATAN AWAM SEBELUM PINDA ENAKMEN PENYAHWARTAAN HUTAN

PELABUHAN KLANG: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyarankan kerajaan negeri yang meminda enakmen berkaitan penyahwartaan hutan di negeri …
Maklumat Lanjut

BELIA DIPELAWA SERTAI LATIHAN BIDANG PERHUTANAN

RAUB: Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mempelawa belia menyertai latihan bidang perhutanan selama setahun bagi Kursus Sijil …
Maklumat Lanjut