TINJAUAN KESELAMATAN DI PINTU MASUK ANTARABANGSA, BUKIT KAYU HITAM

Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Haji Mohd Tarmizi Abdul Rani telah mengadakan tinjauan keselamatan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) di Bukit Kayu Hitam, hari ini.
Tinjauan ini turut mengenal pasti potensi untuk menambahbaik lokasi tersebut dalam usaha menzahirkan kedaulatan negara dan keutuhan Malaysia sebagai sebuah wilayah berdaulat. Selain itu, tinjauan ini juga adalah untuk melihat dengan lebih dekat situasi dan keadaan sebenar pergerakan keluar masuk di antara kedua-dua belah negara.
Meskipun begitu, aspek keselamatan tidak akan diabaikan dalam usaha membangunkan elemen pelancongan di lokasi ini khususnya berkait keselamatan sempadan.
Tinjauan ini turut disertai oleh YDP Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP), Ketua Penolong Pengarah, Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah, wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah serta wakil Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu.
MKN Kedah ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Polis Balai ICQS Bukit Kayu Hitam yang sudi mengawal trafik semasa tinjauan tersebut diadakan.

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …