PERMAINAN PAPAN BANTU JELAS PERIHAL KESELAMATAN

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah telah dijemput untuk memeriahkan Program Heart Of KMK yang bertempat di Kolej Matrikulasi Kedah (KMK), Changlun, baru-baru ini.
Seperti kebiasaannya, MKN Kedah menerapkan kaedah santai dalam menyampaikan maklumat berkenaan dengan isu keselamatan negara kepada hampir 300 orang pelajar KMK yang berkunjung ke tapak pameran. Selain penerangan melalui bunting dan tayangan video berkaitan Dasar Keselamatan Negara, MKN Kedah juga telah mengadakan sesi permainan papan yang mendapat perhatian bukan sahaja di kalangan pelajar, malah turut menarik minat kakitangan KMK dan petugas pameran lain sepanjang dua hari program berlangsung. Inisiatif yang diperkenalkan oleh MKN Kedah ini ternyata berjaya menarik minat golongan belia untuk memahami perihal keselamatan melalui aktiviti yang dijalankan.
Antara permainan papan yang diperkenalkan adalah Ponzi Scheme, Flashpoint South China Sea dan CS Files. Melalui sesi permainan papan ini, para peserta telah didedahkan dengan konsep keselamatan dan pelbagai Teras Keselamatan seperti Ekonomi, Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah, Keselamatan Rakyat, Tadbir Urus yang Baik dan Pengiktirafan Antarabangsa yang terkandung di dalam dokumen Dasar Keselamatan Negara 2021-2025. Para peserta telah dijelaskan mengenai kepentingan setiap kelompok masyarakat dalam memahami isu keselamatan dan memainkan peranan dalam mendepani isu-isu setempat. Selain itu, konsep kenegaraan dan kedaulatan juga diberi perhatian bagi memupuk kesedaran kepada para peserta dalam memastikan setiap individu diterapkan dengan semangat cintakan negara dan tanah air.
Program berakhir dengan kepuasan yang jelas terpancar di kalangan para peserta yang hadir. Semoga kesedaran mengenai kepentingan menjaga keselamatan terus disemai di kalangan rakyat Malaysia.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …