LARIAN KESELAMATAN NEGARA 2023 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Larian Keselamatan Negara (National Security Run) 2023 yang julung kalinya dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu  telah melabuhkan tirai dengan jayanya dengan kerjasama padu yang diberikan oleh Kemaman Runners serta rakan kolaborasi dari Pejabat Daerah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman, PETRONAS, TNB dan JAPEN sempena Bulan Keselamatan Negara yang disambut pada setiap Julai serta simbolik kepada sambutan Hari Malaysia tanggal 16 Sept setiap tahun.
Penyertaan hampir seramai 1000 orang peserta telah memeriahkan suasana pagi hari di Padang Astaka Kemaman menunjukkan sokongan dan semangat masyarakat yang cintai negara. Pelepasan (flag off) peserta telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Ahmad Azrul Nizam bin M Zainal (Petronas East Coast). Disamping itu juga, turut diadakan pelbagai pameran dari agensi-agensi keselamatan seperti PDRM, ATM, APMM, BOMBA, TLDM, AADK dan JPJ. Selain itu, turut diadakan pemeriksaan Kesihatan oleh PKD Kemaman, pameran PERHILITAN, Pejabat Perhutanan dan PETRONAS. Gerai jualan orang awam turut dibuka sepanjang program ini berlangsung.
Pihak MKN Terengganu ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan kolaborasi kami terutamanya Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman, Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, PETRONAS Pantai Timur, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Terengganu, dan Kemaman Runners di atas kesudian memberikan sumbangan dalam menjayakan Program Larian Keselamatan Negara 2023. Ucapan penghargaan dan terima kasih turut dipanjangkan kepada penaja sokongan kami iaitu The Boom Beverage Sdn. Bhd., Voltra Sdn. Bhd., COROS Malaysia, FuddRehab, Banafasha Café, Gelegok Café dan The Bolock Coffee.
Bagi liputan menyeluruh sepanjang program ini, KLIK pautan dibawah:

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut