๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐ค ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ ๐๐ง๐ฎ
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐๐ ๐๐๐ฉ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐
๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ : ๐๐ฒ๐๐ข๐ง ๐๐๐ฅ๐ฅ ๐๐จ๐ง๐ ๐๐๐๐๐ค
Pelbagai acara telah diselitkan antaranya ialah Bakat Merdeka yang menampilkan pelajar pelajar sekolah menengah Kelab Rukun Negara bertanding dalam pidato dan mendeklamasi sajak. Bukan itu sahaja. Pertandingan Lagu Patriotik juga diadakan di mana peserta adalah dari dalam kalangan KRT seluruh daerah negeri Terengganu
Apa yang menariknya, penampilan khas dari Persatuan Pelukis Terengganu untuk mempersembahkan karya doodle mereka di khalayak ramai selain penyertaan pertandingan doodle di peringkat Sekretariat Rukun Negara. Dalam aktiviti berkeluarga juga, pertandingan uniti puzzle juga diadakan dalam kalangan keluarga bagi membentuk kasih sayang yg erat dan kerja berpasukan.
Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu-Rasmi turut berkesempatan memberikan perkongsian keselamatan kepada pengunjung selain memberikan sumbangan di atas program ini.
Perasmian penutup disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Rosli bin Alias, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu. Turut hadir, Pengarah Arkib Negara Negeri Terengganu, YBhg. Dr. Haji Yusof bin Che Rose, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Terengganu, YBrs. Encik Saharrudin bin Mohamed dan Puan Normala binti Abdullah, Pengurus Cawangan Mydin Mall Gong Badak.




