POLIS NEGERI SEMBILAN RAMPAS DADAH BERNILAI RM80,000, TANGKAP 124 INDIVIDU

Polis Negeri Sembilan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM80,000 dan menyita harta dianggarkan bernilai RM16,000 melalui Op Tapis Bersepadu dalam tempoh dua hari operasi itu diadakan di sekitar daerah Jempol.

Operasi pada pada 6 dan 7 September lalu itu turut berjaya menangkap seramai 124 individu membabitkan pelbagai kesalahan merangkumi kategori bekalan, memiliki dadah, penyalahgunaan dadah dan penagihan dadah.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, operasi itu dijalankan membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Sembilan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman.

Seramai 24 orang suspek ditangkap membabitkan kategori bekalan iaitu mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(2), Seksyen 39A (1) dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seramai 12 suspek pula ditangkap mengikut Seksyen 12(3) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 kerana memiliki dadah. Tangkapan paling banyak adalah membabitkan penyalahgunaan dadah dan penagihan dadah iaitu sebanyak 88 tangkapan.

Menurutnya, polis juga mengambil tindakan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1985 serta Seksyen 15 (1)(a) dan Seksyen 39C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada 28 suspek.

Selain itu, polis berjaya merampas 123.02-gram heroin, 415.02 ketamin, 73.33-gram ganja, 37.5 liter air ketum, 0.120 liter cecair ganja, 1.6-gram pil erimin 5 dan syabu seberat 2.04 gram. Bagi tempoh Januari sehingga 10 September lalu, seramai 132 orang pengedar dadah dan 3,241 orang penagih dadah berjaya ditangkap di seluruh Negeri Sembilan.

Sumber : Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …