KEBAYA SETENGAH TIANG

Hakikat pakaian tradisional Melayu

Pertama menutup aurat

Kedua mengandung adat

Ketiga tidak dibuat-buat

Keempat ada makna serta alamat

Kelima memakainya dalam ingat

 

Seksyen Inovasi PSUKNS menganjurkan Bengkel Jahitan Kebaya Setengah Tiang Negeri Sembilan bertempat di GIATMARA Rasah. Bengkel yang berlangsung selama tiga hari yang bermula 12 September lalu berjaya menarik minat hampir 40 peserta merupakan salah satu usaha memelihara dan memulihara busana tradisi Negeri Sembilan.

Keunikan baju kebaya ini menyerlahkan identiti Negeri Sembilan serta mempunyai nilai komersial yang tidak lapuk dek zaman. Suatu masa dahulu busana ini dihasilkan menggunakan kain kasa rubia Jepun menerusi jahitan tangan bagi mendapatkan jahitan yang kemas, teliti dan berkualiti.

Bengkel ini turut mendapat nasihat dan pandangan Dato’ Menti Laksamana Alias Zakaria untuk memastikan busana ini dilindungi keasliannya. Beliau banyak terlibat dalam penyampaian pengetahuan (kursus formal dan bengkel) busana Negeri Sembilan serta usaha promosi, dokumentasi atau penyelidikan Kebaya Setengah Tiang.

Sumber: FB SUK Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)   YB Dato’ …

MALCIDAC 2026

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Tahniah diucapkan …

SUKAN WARISAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Telah berlangsung …