PROGRAM TEKAD PERPADUAN SEMARAK MERDEKA

TARIKH ; 4 SEPTEMBER 2023

TEMPAT ; PERKARANGAN HOTEL H-ELITE DESIGN KE MYDIN MALL TUNJONG

Sedikit perkongsian mengenai Konvoi Motosikal bagi Program Tekad Perpaduan Semarak Kemerdekaan tahun 2023. Acara konvoi kita pada pagi ini bakal menyaksikan perarakkan ataupun konvoi sebanyak 66 buah motosikal, satu jumlah yang saya kira cukup simbolik dengan sambutan tahun kemerdekaan pada kali ini. Mereka ini bergerak ke destinasi-destinasi yang telah ditetapkan. Apa yang cukup membanggakan adalah kesudian sebanyak 12 jabatan dan agensi yang bersedia berganding bahu bagi sama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan. Jabatan dan agensi tersebut adalah:

  1. Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan;
  2. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  3. Jabatan Penerangan Malaysia (Japen)
  4. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN)
  5. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
  6. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
  7. Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)
  8. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)
  9. Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu
  10. H Elite
  11. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan
  12. Pasukan Motosikal daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) SMART

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …