PANGGUNG MERDEKA: MALBATT MISI BAKARA ANJURAN MKN TERENGGANU

Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu bersama anggota keselamatan dan Rakan Strategik MKN Negeri Terengganu mengadakan program panggung merdeka bersempena sambutan bulan Kebangsaan ke-66 pada 30 Ogos 2023.
MALBATT Misi Bakara ini merupakan salah satu filem yang memaparkan tentang pengorbanan dan semangat pasukan keselamatan negara dalam misi menyelamatkan nyawa manusia tanpa mengenal latar belakang mereka. Program seumpama ini merupakan satu usaha berterusan bagi membina jalinan ukhwah dan kerjasama antara agensi keselamatan dan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu seperti ATM, PDRM, APMM, APM, RELA, Imigresen, JAPEN dan banyak lagi.
Pengurusan keselamatan bergantung kepada keupayaan ketahanan rakyat, semangat cintakan negara, kesediaan berkorban demi tanah air, penguasaan ilmu dan teknologi serta integrasi pelbagai aspek kehidupan dan hirarki pentadbiran. Semoga Malaysia tercinta ini kekal berdaulat, aman dan sejahtera.
“Harimau mati meninggalkan belang, perwira mati meninggalkan nama dan jasa yang dikenang ke akhir zaman”

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …