TUJUH DITAHAN AKTIVITI SELEWENG DIESEL, RAMPASAN BERNILAI RM122,550

Kegiatan penyelewengan minyak diesel bernilai RM122,550 berjaya ditumpaskan dengan penahanan tujuh individu dalam Op Tiris yang dijalankan dalam serbuan di dua lokasi di Nilai dan Mambau di sini baru-baru ini.

Menurut Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor sebelum diserahkan kepada pihak KPDN untuk tindakan lanjut.

Serbuan Op Tiris pertama telah dijalankan di Bandar Baru Nilai pada pukul 5 petang, 21 Ogos lalu melibatkan rampasan 10,000 liter minyak diesel bernilai RM21,500 dan turut disita sebuah lori tangki yang menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM36,500.

Dalam serbuan itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun bersama seorang lelaki warga asing yang merupakan pemandu dan kelindan lori telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Serbuan kedua pula dilakukan pada pukul 5.05 petang semalam di sebuah premis di Mambau yang disyaki dijadikan tempat penyimpanan dan memproses minyak diesel secara haram.

Rampasan melibatkan 47,000 liter minyak diesel bernilai RM101,050, sebuah lori tangki, sebuah lori bonded, tangki intermediate bulk container (IBC) dan pam minyak yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM222,250.

Seramai lima orang lelaki warga tempatan berusia antara 27 hingga 52 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut iaitu tiga daripadanya merupakan pemandu lori dan dua orang lagi pekerja stor. Dua kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Sekiranya disabitkan dengan kesalahan di bawah akta ini boleh dikenakan penalti  iaitu bagi mana-mana orang perseorangan; didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan yang kedua, didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan yang kedua didenda tidak melebihi RM5 juta.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM76.29 JUTA MANFAATKAN 508,631 MURID DI SABAH TAHUN INI

BANTUAN: James menyempurnakan penyerahan cek cura Bantuan Awal Persekolahan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi tahun 2026 di sini. KOTA KINABALU: …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …

KERJASAMA, KESEPAKATAN ASAS KEHARMONIAN SABAH

RASMI: Joachim bersama tetamu kehormat lain bersama-sama menyempurnakan majlis itu. TELUPID: Kerajaan negeri akan terus komited menyokong penganjuran dan sambutan …