PROGRAM SEMARAK MERDEKA: SAYA ANAK MALAYSIA

LENGGONG, 23 Ogos 2023 – Program anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak ini telah diadakan di Dewan Al – Abqari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lenggong hari ini.

Inisiatif secara kolaborasi antara MKN Perak bersama MRSM Lenggong dan kerjasama IPD Gerik, AADK Hulu Perak serta Pejabat Kesihatan Lenggong ini telah dihadiri kira-kira 500 orang pelajar dan guru.

Sesi taklimat bertajuk “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” telah disampaikan oleh Encik Khairul Amir Bin Jamal, Penolong Pengarah MKN Perak dan diteruskan dengan sesi taklimat daripada Encik Mukhlis bin Harun Na’aemi bertajuk ” Dadah dan Vape: Keseronokan yang Membahayakan Kesihatan”.

Program berteraskan keselamatan ini turut diserikan dengan sesi taklimat terakhir daripada Insp. Farizan binti Mohd Said yang bertajuk “Gangsterisme dan Gangguan Seksual dalam Kalangan Pelajar” .

Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Mohd Zairasyahli Shah bin Zakaria , Pegawai Daerah Hulu Perak dan majlis perasmian penutup turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Pengetua MRSM Lenggong, Supt. Zulkifli Mahmood, Ketua Polis Daerah Gerik serta Mejar Rosli Harun wakil MKN Perak.

Pameran reruai daripada pihak PKD, AADK dan IPD Gerik turut mendapat sambutan yang sangat baik dan menggalakkan daripada pelajar dan guru serta penghayatan terhadap setiap pengisian ilmu yang diberikan sempena program ini diharapkan dapat menaikkan semangat dan iltizam setiap anak muda dalam mendokong aspirasi negara.KLIK SINI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …