DBKL, DOSH SAMAN TAPAK PEMBINAAN GAGAL PATUHI SYARAT DALAM OPERASI BERSEPADU

Kuala Lumpur – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama agensi sahabat telah melaksanakan Operasi Bersepadu Tapak Pembinaan Siri 11/2023 di Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

DBKL dengan kerjasama agensi sahabat terdiri dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) melaksanakan pemeriksaan di sekitar kawasan tapak pembinaan bagi menentukan tahap kebersihan, keselamatan dan permit kebenaran serta memastikan segala peraturan di tempat pembinaan sentiasa dipatuhi oleh kontraktor dan pemilik syarikat.

 

 Sejumlah 27 orang pekerja ditahan bagi pemeriksaan dokumentasi perjalanan dan permit kerja melibatkan 20 orang warga Bangladesh dan 7 orang warga Indonesia oleh pihak JIM. Selain itu, DBKL mengeluarkan 5 notis kompaun melibatkan 3 notis kompaun di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan 2 notis kompaun di bawah Undang-undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997.

Sementara daripada pihak agensi sahabat, 5 Notis Arahan Keselamatan dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) dan 2 notis Dari pihak CIDB berkaitan Kesalahan Industri kepada pengendali di tapak pembinaan melibatkan pelbagai kesalahan-kesalahan am. Operasi bersepadu ini akan diteruskan mengikut kawasan parlimen di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 #KLBandarUntukSemua

#BandarMampanBandarSejahtera

#TegasSetia

 

SUMBER: DBKL https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …