OPERASI PENGUATKUASAAN BERKENAAN MASALAH LONGKANG, KEBERSIHAN, DAN NYAMUK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar pada 22 Ogos 2023 telah melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Berkenaan Masalah Longkang, Kebersihan, dan Nyamuk di sekitar Jalan 14/155C, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebanyak 15 kompaun telah dikeluarkan sepanjang operasi tersebut dijalankan. 6 daripadanya adalah di bawah Seksyen 47(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan iaitu membuang atau menumpahkan apa-apa cecair kotor dengan sesuatu cara supaya ia melurut atau masuk ke dalam sesuatu tempat awam. Selain itu, 9 kompaun telah dikeluarkan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan iaitu meletakkan apa-apa barang atau benda di mana-mana tempat awam.

Tindakan penguatkuasaan dikenakan diatas kesalahan seperti menyalurkan cecair kotoran di atas jalan awam yang menyebabkan kerosakan pada permukaan jalan, membuang putung rokok atau sampah di atas siar kaki hadapan premis, meletak barang perniagaan di atas siar kaki awam, tidak memasukkan sampah ke dalam tong sampah yang disediakan, kawasan sekitar premis kotor dan tidak terurus serta tidak menyelenggara alat cerobong penyedut asap. 

DBKL akan meneruskan tindakan seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi kehendak-kehendak kesihatan dan warga kota terhindar daripada penyakit bawaan air dan makanan.

 

#KLBandarUntukSemua

#bandarmampanbandarsejahtera

 

SUMBER: DBKL https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut