MUZIUM NEGERI, SEREMBAN

Muzium Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1953 iaitu apabila Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-8, Tuanku Abdul Rahman memberikan kebenaran supaya Istana Ampang Tinggi Kuala Pilah dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato’ Hamzah, Seremban dan dijadikan sebagai Muzium Negeri.

Pada mulanya ia terletak di Taman Bunga Seremban. Oleh kerana lokasi taman bunga tidak sesuai, Muzium Negeri telah dipindahkan ke Kompleks Taman Seni Budaya di Jalan Sungei Ujong pada tahun 1984. Ditubuhkan mengikut Enakmen No.5 tahun 1956 (pindaan 1992) dengan pengerusi dan tujuh orang ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Bagi Tempoh 1996-2003, Lembaga Muzium Negeri dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Abdul Samad bin Idris. Enakmen ini diwujudkan berikutan pengisytiharan Istana Ampang Tinggi sebagai Muzium Negeri oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke-8.

Pada 14hb, Julai 1986, Bangunan Teratak Perpatih di kawasan Taman Seni Budaya telah diisytiharkan oleh YAB. Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato Hj Abdul Samad sebagai Muzium Negeri menggantikan bangunan Istana Ampang Tinggi.

Kunjungi Muzium Negeri

Waktu lawatan : 9.00 pagi – 5.00 petang

Dibuka setiap hari kecuali Hari Isnin.

 

Sumber : FB Lembaga Muzium Negeri Sembilan

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …