KUNJUNGAN HORMAT OLEH PERSATUAN PENGETUA SEKOLAH AGAMA RAKYAT NEGERI KEDAH KE ATAS YB TIMBALAN MENTERI KPWKM

PUTRAJAYA,  Pada 16 Ogos 2023 YB Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pengetua Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah yang diketuai oleh Ustaz Rusdi bin Hasan selaku pengerusi persatuan tersebut.
Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk meneliti penambahbaikan yang dapat dilaksanakan oleh Kementerian dalam usaha untuk memperkasa golongan kanak-kanak yang menjadi aset masa depan negara melalui pelaksanaan program-program KPWKM yang dilihat bersesuaian dengan peringkat umur seperti Advokasi Antigangguan Seksual bagi memberi pendedahan kepada mereka tentang gangguan seksual demi keselamatan dan kesejahteraan bersama. Selain itu, turut dibincangkan usaha yang dapat dijalankan bagi membantu meningkatkan ekonomi wanita-wanita khususnya ibu tunggal agar dapat mendepani arus kehidupan pada masa hadapan dengan lebih baik.
Turut sama hadir dalam kunjungan ini ialah YBrs. Puan Wan Noraidah Wan Mohd. Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat, YBrs. Puan Nor Ratna Sridewi Mokhtar, Ketua Komunikasi Korporat, YBrs. Dr. Sopian bin Hj. Brahim, Pengarah Bahagian Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan YBhg. Datin Izzatul Shima Md Thahir, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita.
@aimanathirah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …