PDR KDN, AADK ADAKAN LAWATAN KE MAKMAL DADAH HKL

KUALA LUMPUR, Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan Rela (PDR), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengadakan sesi lawatan ke Makmal Dadah di Hospital Kuala Lumpur pada Isnin.
Lawatan itu diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta proses patologi selepas menerima ujian air kencing hasil saringan yang telah dilaksanakan.
Lawatan yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian PDR KDN, Muhabir Ibrahim itu mendapat sambutan yang baik daripada Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin; Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan (AADK), Azmi Mustafa; Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainudin Abdullah dan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan AADK, Othman Mohamed Nazari.
SUMBER : AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN MALAYSIA https://www.facebook.com/aadkmalaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …