MESYUARAT KE-17 HIGH LEVEL COMMITTEE (HLC) MALAYSIA-INDONESIA

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2023 – Mesyuarat Ke-17 High Level Committee (HLC) Malaysia-Indonesia telah diadakan pada 10 Ogos 2023 di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang, Panglima Angkatan Tentera (Pengerusi HLC Malaysia) dan Laksamana TNI Yudo Margono, Panglima Tentera Nasional Indonesia (Pengerusi HLC Indonesia).  Mewakili Kementerian Dalam Negeri, mesyuarat dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman,Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) bersama YDH DCP Dato’ Muhammad bin Abdul Halim, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (PGA) dan Laksamana Madya Hamid bin Hj. Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selaku ahli kepada jawatankuasa berkenaan. Turut hadir bersama adalah YBrs. Tuan Zulkifli bin Abidin, Setiausaha Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri. Mesyuarat ini antara lainnya telah melaporkan pelaporan kemajuan bersama berkaitan Bidang Operasi (COCC), Bidang Latihan (JKLB), Joint Police Cooperation Committee (JPCC) dan Bidang Sosio-Ekonomi (SOSEK).

#KeselamatanTanggungjawabBersama

#KDN_TogetherWeAreOne

#MalaysiaMADANI

© 2023 Bahagian Komunikasi Korporat | KEMENTERIAN DALAM NEGERI

SUMBER : KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) https://www.facebook.com/kementeriandalamnegeri

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …