UBAH SUAI TANGKI KENDERAAN SEORANG LELAKI DITAHAN DALAM CUBAAN SELEWENG MINYAK DIESEL

KOTA BHARU 9 Ogos : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Tumpat Kelantan telah menjalankan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Kota Bharu – Tumpat dan sekitar sempadan negara.
Tindakan jam 7.00 pagi tadi pasukan telah mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda berpendaftaran tempatan disyaki membawa muatan minyak diesel dipercayai akan diseludup.
Terdahulu saspek dalam keadaan mencurigakan berlegar-legar sekitar Pintu Geng Kota Bharu, Kelantan membuat pembelian pengisian minyak diesel secara berulang di beberapa stesen minyak.
Seterusnya pasukan mengekorinya dan saspek menyedari diekori dalam keadaan cemas memecut kenderaan menghala ke Tumpat melalui Jalan Merak, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.
Walaubagaimanapun saspek berumur 29 tahun merupakan warga tempatan memberhentikan kenderaannya setelah diarahkan berhenti oleh pasukan operasi.
Pemeriksaan lanjut keatas kenderaan tersebut yang di Jalan Merak, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan menemui anggaran barang kawalan 125 liter minyak diesel yang diisi didalam tong-tong jerikin dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 268.75, manakala kenderaan anggaran sebanyak RM 20,000.00.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …