DBKL EDARKAN 32,500 JALUR GEMILANG SEMPENA HARI KEBANGSAAN

KUALA LUMPUR, Sekitar Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Sr Hj. Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang telah berlangsung di Lobi Menara 1 DBKL pada pagi tadi.
Sempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023, DBKL telah mengedar 32,500 bendera pelbagai saiz kepada wakil agensi kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan (NGO), Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), persatuan penjaja dan peniaga, pemandu teksi, penghantar makanan dan pemandu-pemandu kenderaan milik DBKL.
Hadir sama ke majlis tersebut adalah pengurusan tertinggi DBKL, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, pengarah jabatan DBKL serta warga kerja DBKL.
Jom bersama-sama kita mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan premis masing-masing bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.
SUMBER : DBKL 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …