KETUA BALAI POLIS JALAN CAMPBELL JADI HERO

Tindakan pantas Ketua Balai Polis Jalan Campbell di sini, yang menarik seorang wanita yang disyaki cuba terjun daripada aras lima sebuah pusat beli belah pada Rabu lalu, membantu menyelamatkan nyawa wanita terbabit.

Pada kejadian jam 10 malam 2 Ogos 2023 lalu, wanita berusia 20 tahun berkenaan dikatakan tidak berganjak daripada bahagian tepi bangunan walaupun sudah dipujuk anggota polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Arifai Tarawe, terdahulu pihaknya menerima aduan awam yang menyatakan ada individu disyaki cuba terjun daripada aras lima parkir kenderaan premis terbabit. Tiba di lokasi, pihaknya mendapati seorang wanita berada di tebing parkir kenderaan dan memberitahu ingin terjun.

Pihak polis berusaha memujuk dan menenangkannya namun dia enggan berganjak. Akhirnya, Ketua Balai Polis Jalan Campbell Inspektor Adi Khusaini Saripudin bertindak pantas menarik wanita itu dan berjaya menyelamatkannya.

Wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan selamat. Dia kemudiannya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.Hasil siasatan mendapati, punca kejadian akibat masalah kemurungan selain wanita itu juga didapati pesakit psikiatri.

Harian Metro

 

 

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …