ARCA JORAN BERNILAI RM500,000 DIBINA DI PANTAI PUTERI

SERI NEGERI 3 Ogos- Kerajaan Negeri akan membina satu arca pelancongan bernilai RM500,000 di Pantai Puteri bagi menceriakan lokasi peranginan tersebut sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata arca berbentuk joran itu akan dibina dan diangkat menjadi ikon pelancongan di kawasan yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor itu.

Katanya, peruntukan sebanyak RM600,000 juga diperuntukan bagi membina kawasan penempatan penjaja di Pantai Puteri.

“Kesemua peruntukan telah dimohon kepada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menceriakan dan menaik taraf kawasan tarikan pelancong di Pantai Puteri.

“Manakala untuk menyerikan lagi Pantai Puteri pada waktu malam, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan memasang lampu di sepanjang kawasan tersebut dengan nilai RM160,000.

“Insya-Allah lepas ini, Pantai Puteri pada waktu malam akan terang benderang sempena TMM2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab isu berbangkit Tuminah Kadi@Mohd Hashim (BN-Pantai Kundor) mengenai usaha menaik taraf Pantai Puteri sempena TMM2024, pada hari ketiga Persidangan Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri, di sini.

Dalam pada itu, Abdul Razak turut memaklumkan pihaknya menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri akan memastikan pintu masuk ke negeri ini menarik dan ceria.

“Tahun hadapan adalah TMM2024, di mana pengunjung akan masuk ke negeri ini daripada pelbagai pintu masuk.
“BPP akan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) untuk menceriakan pintu-pintu masuk ke negeri ini menerusi peruntukan yang diberi oleh MOTAC,” katanya.
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …