PROGRAM JUALAN AGRO MADANI DIPERLUASKAN KE KEM TENTERA SELURUH NEGARA

Kementerian Pertahanan akan memperluaskan Program Jualan Agro Madani ke kem-kem tentera di seluruh negara bagi membantu keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membeli barangan keperluan dengan harga yang rendah.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, buat masa ini pelaksanaan program berkenaan telah dilaksanakan di Kem Si Rusa, Port Dickson dan dijadikan sebagai program bulanan iaitu pada setiap hari Sabtu minggu ketiga setiap bulan.

Menurutnya, program dengan kerjasama pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu kini diteruskan di Kem Rasah dan seterusnya di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Tampin.

Program Jualan Agro Madani ini dilihat amat baik sekali apabila enam ekor ikan selar hanya RM5. Minyak masak satu peket RM2 dan sayur satu bakul dan ayam seekor pula RM10. Program ini akan dapat membantu anggota keluarga tentera meringankan bebanan kos sara hidup yang tinggi, inilah hasrat kerajaan.

 

Sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …