PERAK NATSEC FUN RUN 2023

IPOH, 30 Julai 2023- PERAK NATSEC (National Security) Fun Run 2023 yang julung kalinya dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak telah melabuhkan tirai dengan jayanya dengan kerjasama padu yang diberikan oleh Ipoh Carfreeday & Majlis Bandaraya Ipoh sempena Bulan Keselamatan Negara yang disambut pada setiap Julai.

Penyertaan seramai 300 orang peserta yang diisi kurang daripada 24 jam sejak sesi pendaftaran dibuka ini telah melihatkan komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan segenap lapisan masyarakat dalam bersama mendokong peranan dan tanggungjawab terhadap keselamatan negara.

Pelepasan peserta yang dilaksanakan oleh YBhg Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh turut disertai oleh Encik Khairul Amir bin Jamal, Penolong Pengarah Geraksaraf Perangsaraf (GSPS) serta Encik Hairudin Ruzaili bin Hambali, Penolong Pengarah Analisa 1, MKN Perak.

Semoga jalinan strategik dan kolaborasi ini akan terus menyuntik semangat warga kerja dalam memastikan keselamatan negara dan rakyat akan terus terpelihara. KLIK SINI

Congrats Runners💪🏻

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …