KOTA BHARU 11 Julai : KPDN Kelantan telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Pengusaha Stesen Minyak kepada Pengusaha-pengusaha Caltex Negeri Kelantan dibawah Rangkaian PEN Petroleum Sdn Bhd (Pemasar Jenama Chevron Malaysia Limited di Hotel Grand Renai, Kota Bharu Kelantan hari ini.
Objektif bertujuan menyampaikan taklimat penerangan arahan-arahan semasa yang dikeluarkan oleh pihak kementerian disampaikan oleh YBrs.Tuan Jibnurdin bin Shaharuddin, Ketua Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri dan YBrs. Tuan Faisal bin Hussain, Ketua Unit Bekalan, KPDN Kelantan.
Pemilik dan pengurus stesen serta wakil syarikat minyak turut bersama pada sesi ini dan turut disampaikan secara tegas berkaitan arahan-arahan semasa bekalan yang diarahkan Kementerian.