PROGRAM KOMUNITI SEJAHTERA MALAYSIA MADANI BERSAMA SUKARELAWAN RELA DI TANAH PERKUBURAN JALAN PUSARA

Program disertai seramai 50 orang anggota sukarelawan RELA daripada pelbagai latar belakang kerjaya, bangsa dan agama. Program ini telah diadakanpada 8 Julai 2023 (Sabtu) bertempat di Tanah Perkuburan Jalan Pusara. Antara pengisian program adalah Taklimat Ringkas daripada wakil Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu mengenai bagaimana untuk memperkasakan komuniti dalam pengurusan keselamatan negara terutama dalam aspek pelaksanaan Malaysia MADANI. Turut diselitkan adalah bagaimana elemen perpaduan itu sendiri menjadi antara tonggak utama dalam membina negara bangsa Malaysia MADANI. Para peserta seterusnya bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan islam Jalan Pusara termasuk aktiviti memotong rumput dan kutipan sampah.
Semasa sesi penutup, MKN Terengganu menyempurnakan penyampaian dua buah mesin rumput untuk kegunaan pasukan RELA Terengganu dalam aktiviti komuniti setempat selain turut menyampaikan bakul makanan kepada semua anggota RELA yang terlibat.
Tahniah dan terima kasih kepada semua!

Artikel/Berita Terkini

KETUA POLIS MELAKA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI AWAL PRN MELAKA KE-16

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, hari ini hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …