𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐏𝐊𝐊𝐌𝐌)

Program gotong royong telah dilaksanakan pada 8 Julai 2023, Sabtu, bertempat di Masjid Kampung Sekayu. Sebelum memulakan program Pemangku Pegawai RELA Daerah Hulu Terengganu PgR Puan Noraliza binti Mat telah memberi taklimat kepada anggota dan pembahagian tugas kepada kumpulan kecil di buat bagi melancarkan program.
Turut bersama dalam program ini Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, Puan Nurul Laila yang turut bersama-sama melakukan kerja gotong royong bersama anggota RELA.
Terima kasih diucapkan kepada KPRK Mukim Tersat Encik Sukri bin Hassan kerana telah mengurus program pada hari ini tidak lupa ucapan terima kasih kepada Timbalan Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Sekayu kerana bagi kebenaran kepada pihak RELA untuk membuat program gotong royong pada hari ini.
Terima kasih juga kepada semua anggota RELA yang hadir pada hari ini dan Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung,Jangan lupa kita jumpa di program akan datang.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …