LAMBAKAN WARGA ROHINGYA PERLU DIBERI PERHATIAN SERIUS

Lambakan warga asing merupakan isu global yang bukan hanya berlaku di dalam negara tetapi juga di seluruh dunia. Lambakan warga asing khususnya samada dengan izin mahupun tanpa izin membawa bersama pelbagai isu dan masalah seperti berikut:

  • Persaingan mendapatkan pekerjaan:

Lambakan warga asing mencipta persaingan yang lebih sengit di pasaran pekerjaan tempatan. Kehadiran mereka yang sanggup menerima upah yang lebih rendah akan mengakibatkan pekerja tempatan terpaksa bersaing di atas lapangan yang tidak sekata. Malah, kesanggupan mereka dalam melaksanakan kerja-kerja 3D (Dirty, Dangerous dan Difficult) menyebabkan majikan lebih berminat kepada tenaga kerja daripada kumpulan ini.

  • Isu keselamatan dan jenayah:

Kemasukan warga asing juga akan menimbulkan isu keselamatan dan jenayah. Peningkatan aktiviti jenayah seperti penyeludupan manusia, pemerdagangan manusia, dan pengedaran dadah direkodkan seiring dengan pertambahan warga asing di dalam negara. Malah, bawaan penyakit berjangkit juga mampu memberikan ancaman kepada penduduk tempatan.

Oleh itu, kesedaran komuniti untuk memainkan peranan dalam usaha mengekang warga Rohingya atau PATI daripada bermaharajalela di negara kita adalah sangat penting. Jalankan tanggungjawab kita dengan membantu membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan di kawasan komuniti anda.

Pentadbiran negara sentiasa berusaha untuk menguruskan isu lambakan warga asing dengan menguatkuasakan dasar imigresen yang ketat, termasuk pemantauan sempadan dan pengawasan kemasukan warga asing. Selain itu, program pemulangan sukarela dan tindakan undang-undang juga telah diambil bagi mengurangkan kesan negatif lambakan warga asing ke atas negara. Hal ini selaras dengan Teras 8 Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 iaitu Keselamatan Rakyat (Pendatang Asing Tanpa Izin).

 

Disediakan oleh : Mardiana Mohamad

Sumber: ISU LAMBAKAN WARGA ROHINGYA PERLU DIBERI PERHATIAN SERIUS

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …