GUILLEMARD VIEW, TAMAN REKREASI LATAR SEJARAH

 

TANAH MERAH – Taman Guillemard View @ Kusial berlatar sejarah mempunyai panorama menarik mampu memikat pengunjung dari dalam dan luar negeri.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, YB Dato’ Dr. Izani Husin berkata, taman yang berkonsepkan warisan sejarah itu dapat meningkatkan taraf hidup penduduk setempat sekali gus menjadikan Tanah Merah sebagai salah satu destinasi eko-pelancongan di Kelantan.
“Taman Guillemard ini sangat unik, lokasinya terletak berhampiran jambatan keretapi tertua di Malaysia (bakal berusia 100 tahun tanggal 19 Julai 2024) yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan serta sejarah yang ada di Kelantan.
“Sekarang ini, kerja-kerja membina menaik taraf kiosk jualan, laluan pejalan kaki dan tandas awam sedang giat dilaksanakan dan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM220,845.00 bagi melancarkan proses pembinaan,” katanya sewaktu membuat lawatan ke tapak projek itu, Rabu lalu.
Jelasnya, projek pembangunan itu bakal menyediakan tapak yang sesuai bagi aktiviti perkhemahan, trek jogging, kawasan parkir kenderaan yang selesa serta kawasan bagi aktiviti memancing.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …