KEDAH TERIMA RM36.34 JUTA NAIK TARAF INFRASTRUKTUR AWAM

Kepentingan penyelenggaraan infrastruktur awam dengan baik adalah amat penting dalam memenuhi keperluan asas masyarakat, mendorong pertumbuhan ekonomi, melindungi alam sekitar, dan memperbaiki kualiti hidup. Ia menyokong kepada usaha pembangunan negara yang berdaya saing dan berkembang pesat.

 

  • Tingkat kualiti hidup.

Infrastruktur awam yang diselenggara dengan baik akan membolehkan masyarakat menerima perkhidmatan asas yang berkualiti. Antaranya adalah seperti bekalan air bersih, sistem pengangkutan yang cekap, sistem pembuangan sisa dan kumbahan, serta perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang berkualiti. Ini akan membantu meningkatkan kualiti hidup penduduk di sesebuah tempat.

 

  • Pertumbuhan ekonomi

Infrastruktur awam yang berkualiti dan cekap juga penting untuk memudahkan pertumbuhan ekonomi dan perdagangan. Lapangan terbang yang baik, pelabuhan yang cekap, rangkaian jalan raya yang luas, dan sistem logistik yang efisyen membolehkan perniagaan beroperasi dengan lancar, pengangkutan barang yang cepat, dan memperluaskan pasaran. Ini menyumbang kepada peningkatan pelaburan, penciptaan pekerjaan, dan pertumbuhan ekonomi yang berkelanjutan.

 

  • Keselamatan dan kelestarian alam sekitar

Hal ini juga sebenarnya melibatkan elemen keselamatan dan kelestarian alam sekitar. Sebagai contoh, jalan raya yang baik akan memastikan keselamatan pengguna jalan raya, sistem pembuangan sisa yang efisyen akan mengurangkan pencemaran alam sekitar dan bekalan air yang kukuh melindungi kesihatan dan kebersihan masyarakat. Penyelenggaraan infrastruktur dengan baik juga boleh mempertimbangkan aspek kelestarian alam sekitar seperti penggunaan tenaga boleh diperbaharui mahupun penggunaan sumber tenaga yang bersih.

 

Segala usaha ini adalah bertepatan dengan Teras Dasar Keselamatan Negara ke-5 iaitu Keutuhan Ekonomi melibatkan Pembangunan Infrastruktur Negara.

 

Disediakan oleh : Sharida Shafie

Sumber: KEDAH TERIMA RM36.34 JUTA NAIK TARAF INFRASTRUKTUR AWAM

Foto: Gambar sekadar hiasan.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut