AGAMA, KAUM KUATKAN NEGARA BUKAN JADI BEBAN

Kepelbagaian kaum dan agama sebenarnya merupakan tunjang dan kekuatan kesatuan di dalam negara ini.  Keduanya membawa bersama budaya, tradisi, dan nilai-nilai yang berbeza. Ini mewujudkan kekayaan budaya dan identiti rakyat yang unik. Dengan menghargai dan mempromosikan kepelbagaian ini, sebuah negara dapat mengukuhkan jati dirinya dan mengembangkan identitinya yang kuat.

Tidak dinafikan bahawa hal berkaitan agama dan kaum adalah isu yang sensitif. Sekiranya perkara ini diperkatakan dengan keras dan kasar, boleh mengguris perasaan serta berkemungkinan boleh mengundang rasa permusuhan. Justeru, sekiranya isu berkaitan kedua-duanya tidak dikawal selia dengan baik, pasti boleh menggugat bukan sahaja perpaduan dalam masyarakat, bahkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Usaha kerajaan untuk mengawal selia perkara ini dapat dilihat dengan memantau sebarang ucapan, hantaran atau komen yang berbaur 3R (Religion, Royal, Race) terutamanya di media sosial. Bahkan, terdapat undang-undang yang akan menghukum individu yang menyentuh isu ini iaitu Akta Hasutan. Walaupun laman maya atau platform laman sosial dijadikan wahana sebagai kebebasan bersuara, namun begitu, penulisan tidak sewajarnya berpaksikan kepada emosi.

Kepelbagaian yang wujud dalam negara ini mampu mencipta peluang untuk berinteraksi sesama warga dari latar belakang yang berbeza. Perkara ini akan mendorong kepada pemahaman, penghargaan, dan toleransi antara masyarakat. Apabila masyarakat saling memahami dan menghormati perbezaan mereka, keharmonian antara kaum dan agama dapat ditingkatkan. Hal ini secara tidak langsung akan mengurangkan sebarang konflik pada masa hadapan.

Selain itu, setiap kelompok masyarakat yang berbeza akan dapat menyumbang pandangan, pengetahuan, dan pengalaman yang unik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam negara. Melalui dialog dan perkongsian, kepelbagaian ini dapat menghasilkan solusi yang lebih baik dan komprehensif setelah mengambil kira kepentingan semua pihak.

Juga harus diakui bahawa kepelbagaian kaum dan agama akan menyumbang kepada sumber daya manusia dan modal sosial yang berharga dalam pembangunan ekonomi. Setiap komuniti membawa kemahiran, pengetahuan, dan bakat yang berbeza dan seterusnya dapat menyumbang kepada kemajuan negara dalam bidang-bidang seperti perdagangan, industri, pendidikan dan perkhidmatan.

Dengan memanfaatkan kepelbagaian ini, ia boleh menjadi kekuatan kepada negara di peringkat antarabangsa dan modal yang dicemburui oleh negara lain di luar sana.

 

Disediakan oleh : Aina Sharif

Sumber: AGAMA, KAUM KUATKAN NEGARA BUKAN JADI BEBAN

Foto: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

AIDILFITRI: 1.6 JUTA KENDERAAN DIJANGKA GUNA LEBUH RAYA DI SELURUH SELANGOR

KAJANG, 25 Mac – Kira-kira 1.6 juta kenderaan dijangka keluar serta masuk ke Selangor sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini. Ketua …
Maklumat Lanjut

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) DIPERLUAS KEPADA 5.4 JUTA PENERIMA BERMULA 1 APRIL 2025

Bermula 1 April 2025, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluas kepada 5.4 juta penerima! Bantuan akan dikreditkan secara bulanan ke …
Maklumat Lanjut

AIDILFITRI: 810,000 KENDERAAN DIJANGKA MASUK NEGERI SEMBILAN

Polis Negeri Sembilan menjangkakan 810,000 kenderaan akan memasuki negeri ini sepanjang cuti perayaan Aidilfitri ini. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, …
Maklumat Lanjut