𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐘𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐑 𝐌𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀.

Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu pada hari ini, 27 Jun 2023 telah mengadakan jualan murah ayam (RM10 seekor) dan telur (RM8 sepapan) di perkarangan pejabat sempena menyambut Aidiladha. Jualan ini mensasarkan golongan penjawat awam negeri yang berdekatan dan merupakan inisiatif MKN Terengganu sebagai agensi persekutuan dalam membantu mereka mendapatkan bekalan dengan harga yang murah dan membantu mengurangkan bebanan mereka yang ketika ini terbeban dengan kos sara hidup bertepatan dengan Nilai Teras Keselamatan Negara yang ke-5 iaitu Keutuhan Ekonomi dan ke-6 iaitu Keadilan Sosial.
Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan dengan harga lebih murah daripada harga biasa untuk keperluan keluarga sempena Aidiladha ini.
#MalaysiaMadani

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut