๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—•๐—œ๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ๐—™: ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ, ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ก๐—š๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu menganjurkan program Bicara Esekutif โ€˜Keselamatan Malaysia Madani Tanggungjawab Bersamaโ€™ di Dewan Teater Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Kuala Terengganu pada 26 Jun 2023.
Program bertujuan memberi kefahaman dan pendedahan kepada ketua ketua jabatan serta agensi penguatkuasa di negeri ini berkenaan kedaulatan maritim serta arahan MKN No 23 : Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (Semakan 2023).
Dua pegawai dari Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri iaitu Pengarah Bahagian Pengurusan Krisis dan Perisikan Negara, Encik Tajul Arifin Mohamad dan Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kedaulatan Maritim, Dr.Abdul Rashid Abdul Hamid diundang bagi menyampaikan ceramah.
Program itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan), Jabatan Perdana Menteri, Tuan Hamzah Ishak. Turut hadir ialah Pengarah MKN Negeri Terengganu, Puan Wan Suhaini Wan Mohamad.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 โ€“ Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …