Mutakhir ini, seiring kecanggihan teknologi dan daya kepantasan menerobos setiap ruang media warga maya, usaha menyampaikan sesuatu maklumat dengan pantas dan berkesan adalah sesuatu yang tidak mustahil lagi. Bahkan, harus diakui, kehidupan warga dilihat lebih banyak diisi di ruang maya berbanding di luar sana. Berinteraksi sesama warga kini adalah melalui bilangan like, share, follow, retweet, comment di dalam setiap penulisan.
Namun, dalam menerima sesuatu yang dikongsikan, kita sebenarnya telah lama diperingatkan supaya bersikap berhati-hati dengan meneliti dan mencari bukti atas apa jua yang disampaikan.
Allah SWT menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran, firmannya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”
Terbaharu, MKN Kedah telah menjemput Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) ke pejabat untuk mendapatkan pandangan dan perkongsian berkaitan asal usul negeri Kedah dan kedaulatannya dari sudut pandang sejarawan yang sememangnya menarik untuk diketahui umum. Mengambil kira perkongsian pengetahuan dan kepakaran setiap wakil yang dijemput, perbincangan yang telah dilaksanakan sedikit sebanyak membuka minda dan buah fikiran dalam mendepani cabaran dan isu-isu yang berkaitan.
Teras 1 : Keutuhan dan Kedaulatan Wilayah