DULU JUAL NEGARA, SEKARANG JAGA NEGARA

“𝗦𝘂𝗮𝘁𝘂 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗱𝘂𝗹𝘂, 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗿𝗼𝗻𝗼𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮-𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗻𝗶. 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿, 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗵 𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮, 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗸𝗶𝘁𝗮”.

“𝗦𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝘀𝗲𝘁𝘂𝗷𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴-𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗸𝗮𝗸-𝗸𝗮𝗸𝗮𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗽 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺, 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘁, 𝗽𝗿𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿 𝗸𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴”.

Itu adalah antara perkongsian Saudara Omar dalam satu Program Sembang Santai Bersama Semua Pengerusi Rukun Tetangga Daerah Langkawi yang bertempat di Pusat Rukun Tetangga Kedawang, Langkawi.

Saudara Omar atau lebih dikenali sebagai Omaq Roti Bakaq dalam kalangan penduduk Langkawi mula menjadi perhatian apabila perkongsian mengenai penghijrahannya selepas menjalani hukuman penjara mula tular di laman TikTok. Rata-rata pengikut di laman tersebut terinspirasi dengan sejarah dan perkongsian beliau.

Mengambil kesempatan dalam siri lawatan keselamatan MKN Kedah di Langkawi, MKN Kedah menjemput Saudara Omar untuk berkongsi dengan pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) akan kepentingan penglibatan masyarakat setempat dalam usaha membendung masalah sosial. Ujar beliau, rondaan sukarela yang dilakukan oleh anggota KRT pada waktu malam sebenarnya sangat membantu dalam menyekat dan mengurangkan kegiatan jenayah sebagaimana pernah beliau hadapi sewaktu masih aktif bersama kumpulan kongsi gelap. Kerap kali cubaan menyeludup dan perlakuan jahat beliau terpaksa diubah akibat daripada sekatan jalan dan rondaan yang dilakukan oleh KRT di Kedawang.

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pelabuhan Pulau …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

JATA NEGARA

Jata Negara, Lambang Kedaulatan Kita! Sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti, marilah kita hayati makna di sebalik Jata …
Maklumat Lanjut