DIKIR BARAT KEPENGGUNAAN SEMPENA JUALAN RAHMAH DI GUA MUSANG

 

GUA MUSANG 14 Jun : Program Dikir Barat Kepenggunaan, sempena Jualan RAHMAH di Dun Galas, Gua Musang, Kelantan telah berlangsung pada malam semalam bertempat di Dataran Kesedar Gua Musang, Kelantan.
Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada golongan sasar dengan isu semasa kepenggunaan dan menyebarkan maklumat yang tepat kepada pengguna dalam menghadapi isu-isu pengguna.
Dalam pada itu turut diadakan Jualan RAHMAH dengan penjimatan antara 10 hingga 30% dan Pakej RAHMAH dengan harga RM20.00 di bawah Inisiatif Payung RAHMAH untuk pengunjung yang hadir.
Selain itu perkongsian maklumat dan nasihat bersama pengguna secara dekat dalam dialek Seni Budaya Kelantan dalam Dikir Barat Kepenggunaan.
Majlis diserikan dengan Penyampaian Cabutan Bertuah kepada pengguna dan Penyampaian Cenderahati kepada dif jemputan YB Shahbuddin bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri, Parlimen Gua Musang, YBrs. Tuan Azman bin Ismail, Pengarah KPDN Kelantan dan YBrs. Tuan Mohd Koma bin Shafii, Ketua Cawangan KPDN Gua Musang turut bersama.
Antara artis jemputan yang hadir memeriahkan Man Khan, Kumpulan Dikir Barat, Aris Kapilla, Arman DBA, Irfan Mutiara Biru dan Fadil Turbo.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …