CUBAAN MENYELUDUP 1819 KILOGRAM MINYAK MASAK GAGAL!

 

TUMPAT 14 Apr : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan berjaya merampas kira-kira 1814 kilogram minyak masak bersubsidi disyaki tanpa kebenaran sah dalam dua buah kereta dihadapan sebuah kedai menjual permaidani di Jalan Wakaf King, Kepulau Palekbang Tumpat, Kelantan sini hari ini pada jam 12.55 tengahari semalam.
Maklumat risikan, pasukan telah mengekori dua buah kenderaan jenis Perodua Myvi dan Viva berpendaftaran tempatan disyaki membawa minyak masak paket 1kg bersubsidi dari arah Kubang Kerian menghala ke Tumpat, Kelantan.
Pemeriksaan ke kenderaan juga mendapati terdapat 1819 kilogram minyak masak paket 1kg jenama yang sama yang telah disusun rapi didalam kenderaan tersebut dan pasukan telah bertindak menyita kesemua barangan untuk siasatan lanjut.
Suspek telah ditahan dan ditangkap dibawah Seksyen 10 Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi tujuan siasatan lanjut.
Nilai rampasan barang kawalan yang disita anggaran RM4547.50 dan keseluruhan termasuk kenderaan RM 39,547.50.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …