TERENGGANU BANGUNKAN INDUSTRI SILIKA BERNILAI RM500 JUTA

TRG Silica (Marang) Sdn Bhd (TSM) akan membangunkan industri pengeluaran silika ultra tulen dan kristobalit yang bernilai RM500 juta di Kampung Jambu Bongkok, Merchang, bermula pada Julai. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan Pecah Tanah Projek Cristobalite dan Ultra Purity Industrial Silica Trg Silica (Marang) sebelum ini. Keberangkatan tiba baginda disambut, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.

Pengerusi Kumpulan Terengganu Silica Consortium Sdn Bhd, Datuk Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud berkata, pengeluaran silika tersebut merupakan bahan utama penghasilan kaca teknologi maju. Projek di kawasan seluas 1,000 hektar yang pertama di Asia itu dijangka mengambil tempoh pelaburan selama lima tahun dan akan  menawarkan 250 peluang pekerjaan khususnya kepada rakyat Terengganu.

Projek fasa pertama yang dijangka siap pada 2024 itu akan mengeluarkan produk silika terbabit pada kapasiti 2.6 juta tan metrik untuk kegunaan industri hiliran domestik serta antarabangsa. Pelaburan tersebut turut membabitkan pembinaan sebuah terminal untuk penghantaran produk ke luar negara termasuk Korea Selatan, Taiwan dan China.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut