CAJ RM1,500 UNTUK SEORANG

Kedaulatan dan keutuhan wilayah negara ini merupakan suatu perkara yang perlu setiap warganegara Malaysia pertahankan. Kegiatan jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan perlu dibanteras kerana ianya bukan sahaja merugikan hasil dan pendapatan negara, namun ia juga berpotensi menjadi suatu ancaman kepada keselamatan rakyat di negara ini.

Terbaharu, sebuah akhbar melaporkan satu artikel berhubung kegiatan seorang tekong darat warga Myanmar yang menyeludup masuk rakan senegara ke negara ini. Lelaki berusia 23 tahun tersebut dikatakan telah mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit sejak beberapa tahun lalu dengan meyeludup rakan senegara dari Langkawi ke tanah besar sekiranya terdapat permintaan.

Kesemua PATI warga Myanmar ini dipercayai masuk ke Langkawi menggunakan khidmat tekong laut sejak beberapa minggu lalu secara berperingkat. Semakan lanjut turut mendapati setiap mereka memiliki salinan passport dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu yang dihantar ejes melalui pos dari Myanmar.

Masyarakat atau orang awam perlu bersama-sama berganding bahu membantu mengurangkan jenayah seperti ini dengan bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa. Kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat ini juga selari dengan Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025, Teras 8: Keselamatan Rakyat, dan Matriks Keselamatan Negara iaitu Kesedaran Peranan Masyarakat.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut