LESAP RM58,800 KERANA PERCAYA KENALAN DI TELEGRAM

Pelbagai kempen, infografik, mahupun hebahan samada secara atas talian atau bersemuka telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi mengelakkan masyarakat terjerumus ke dalam taktik licik sindikit penipuan atas talian ini.

Bank Negara Malaysia pernah mengeluarkan satu artikel menerangkan beberapa jenis penipuan atas talian yang sedang aktif di negara ini. Walaupun dengan usaha yang giat dijalankan ini, masih ada segelintir masyarakat di luar sana yang mudah terpedaya atau gelap mata dengan ganjaran yang ditawarkan oleh sindiket penipuan ini.

Saban hari, ada sahaja laporan atau berita berkenaan mangsa penipuan atas talian ini. Sebagai contoh, baru-baru ini dilaporkan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun lesap RM58,800 selepas terjerat dengan pelaburan menerusi aplikasi Telegram. Beliau dikatakan mendapat pulangan sebanyak RM543 yang menyebabkan beliau yakin dengan pelaburan tersebut.

Sentiasa berwaspada dan ambil tahu tentang modus operandi terbaharu sindiket penipuan. Jangan jadikan diri anda sebahagian dari mangsa mereka!

Sumber berita: LESAP RM58,800 KERANA PERCAYA KENALAN DI TELEGRAM

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …